Sunday, 29 May 2016

Khasiat Garam Buluh

Assalammualaikum

Hari ni saya nk kongsi sedikit mengenai garam buluh.

Kita biasa dengar mengenai garam..tapi apakah kita tahu apa beza garam yang biasa dan garam buluh.

 


Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.


Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

Khasiat-khasiat garam buluh.
Kajian daripada saintis-saintis mendapati garam buluh mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Berikut adalah beberapa hasil penemuan daripada saintis-saintis yang mengkaji tentang garam buluh:
1. Anti-alergik
Mengehadkan tindak balas alergi dengan menghalang pembentukan bengkak akibat alergik (Shin, Hey-Yong., 2004)
2. Anti-kanser
Garam buluh mengandungi esktrak methanol yang mempunyai kesan anti-mutasi yang boleh mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan. (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012).
3. Melawan obesiti
Kajian terbaru mendapati garam buluh mengurangkan berat badan dengan menurunkan paras lipid (lemak) di dalam tisu badan. (Park, Kun-Young, et.al., 2013)
4. Merawat masalah gigi
Saintis mendapati pesakit gigi menggunakan garam buluh untuk menguatkan enamel gigi, masalah pembentukan plak dan gingivitis. (Min, B.S., et al., 1995)
5. Mengurangkan fungsi keradangan
Garam buluh lebih berkesan untuk mengurangkan masalah keradangan dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan berbanding garam biasa (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)
6. Anti pertumbuhan mikroorganisma
Kajian makmal mendapati di antara 20 jenis garam (garam halus, garam proses, garam laut dan garam buluh), hanya garam buluh mempunyai sifat untuk menentang pertumbuhan mikroorganisna bernama Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)
7. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Garam buluh mengandungi bahan kimia khas yang menghalang proses kematian sel-sel badan yang penting seperti sel kohlear yang berfungsi untuk pendengaran. Kemoterapi mempercepatkan kematian sel-sel badan manakala garam buluh menghalangnya (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)
8. Penjagaan telinga
Khasiat magnesium di dalam garam buluh mampu mengurangkan masalah kehilangan pendengaran (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)
9. Merawat ulser dan gastrik
Garam buluh menghasilkan hydrogen sulfida mampu bertindak sebagai pemancar yang memperbaiki fungski fisiologi badan   terutamanya masalah sistem pencernaan badan (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)
10. Diabetis
Garam buluh membantu peningkatan paras glukosa di dalam badan dan pengambilan glukosa di dalam otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)
11. Merawat arthritis
Jika digunakan bersama rawatan akupuntur, ia boleh merawat arthritis (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium di dalam garam buluh yang tinggi berbanding di dalam garam lain mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot.
12. Rawatan untuk sakit tekak
Garam buluh yang bertindak sebagai ejen penghalang keradangan mampu mengurangkan bengkak di dalam tekak dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan itu (Choi, CH, et. Al., 2012)
Tibalah masa untuk kita semua bertukar kpd pemakanan yg lebih sehat dan amalan hidup sehat. Langkah yang pertama menukarkan garam biasa kpd garam buluh kerana semua masakan perlu kpd garam.



No comments:

Post a Comment