KENALI SAYA


KENALI SAYA

WHO AM I?

Saya Siti Salmah Bt Abdul Ghani, dilahirkan di Bagan Dato’,Perak, dibesarkan di Ulu Bernam Estate, Perak, dan bersekolah di Perak dan di Melaka. Berusia 39 tahun tetapi jika ikut tahun islam sudah berusia 41 tahun..(alamak dah masuk warga gangsa) . Saya bekerja dan merupakan usahawan separuh masa. Saya sangat menginginkan kekayaan dan kejayaan untuk merealisasikan impian saya kearah “financially freedom” dan saya sangat-sangat percaya bahawa ilmu adalah element yang amat penting sebelum turun kemedan ‘perang’.
Saya mengajak anda semua untuk bersama-sama menikmati pengalaman dan penjelajahan minda bersama-sama saya.
Alhamdulillah, dengan  kebebasan minda, masa yang terhad dan wang yang dianugerahkan Allah, saya selalu menyediakan diri untuk menghadiri kursus, seminar dan bengkel  motivasi untuk makanan minda, roh dan seluruh anggota badan saya.

Sedikit Perkongsian Sejarah Diri

1
Saya bersekolah di Sekolah  Kebangsaan Ulu Bernam, Perak sehingga SRP(sekarang PMR), dan kemudiannya ke Sek Men Teknik Bukit Piatu, Melaka. Alhamdulillah, selepas SPM, saya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Johor dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Selepas habis belajar saya bekerja di CMKS, Pasir Gudang lebih kurang 10 bulan sebagai juruteknik dan kerana masalah kesihatan saya terpaksa meninggalkan CMKS dan bekerja di Tru-Tech Electronic sebagai Engineering Assistant dari tahun 1994 sehinggalah tahun 2004. Disinilah saya mencurah seluruh jiwa dan tenaga muda untuk syarikat dan tak perasan usia dah masuk 30 tak kawin2 dan emak pulak risau anak dara dia dah termasuk dalam ANDALUSIA.
Pada tahun 2004 Tru Tech dilanda kegawatan ekonomi yang menyebabkan saya terpaksa bertukar kerja ke PCA Technology di Tampoi johor sebagai Engineer sehinggalah sekarang. Berbalik kepada masalah lambat kahwin tu...suatu hari waktu makan dgn rakan kerja kat Sri Bayu kami bertemu dengan seorang makcik yang masih bujang yang tinggal sorang2 tiada siapa yang menjaga beliau. Kami memang ter’seram’ sikit waktu tu sebab rakan sekerja saya pun senasib dengan saya. So kami nekad azam tahun 2005 kami setkan minda .. by hook by crook mesti kawin tahun tu jugak.. jadi bila org tanya apa azam tahun tu saya selamba jek cakap.. “kak sal mesti kawin tahun ni”.. yang bestnya bila saya setkan minda macam tu kawan2 sekeliling saya kat PCA sangat positif dan menyokong.. I love PCA..alhamdulillah Allah Maha Kuasa.. saya berkahwin pada tahun 2005 bulan 8 dan rakan sekerja saya kawin tahun 2005 bulan 11. Jadi saya percaya kita adalah apa yang kita fikirkan. Minda kita .. kita punya.. bukan orang lain punya.. so haramkan org lain programkan minda kita…
Saya akan bekerja keras jika saya ada sesuatu yang saya tidak tahu.. dulu saya selalu ingatkan diri saya dan minda saya “fear is sickness” tetapi bila selalu menghadiri seminar rahsia kuasa minda ..sekarang saya hanya akan berfikir perkara yang postitif sahaja.. “fear is sickness” saya tukar kepada “Siti Salmah Boleh, Siti Salmah hebat”.. huhuhu… terimakasih mentor Norazlin Nordin dan Arifin.

2
Pada tahun 2002 saya mengalami masalah kewangan yang agak kronik lantaran kurangnya ilmu menguruskan kewangan ketika itu. Allah Maha kuasa Dia tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan menghadapi masalah.. saya masih ingat waktu singgah dikedai buku saya terpandang buku tulisan Azizi Ali “Jutawan dari planet Jupiter”. Saya khatam dalam masa satu hari.. saya amalkan dan ikut nasihat didalam buku itu..
Sejak membaca buku itulah saya mula tertarik untuk membaca buku-buku motivasi untuk makanan minda saya. Suami saya tidak suka membaca jadi saya akan share apa yang saya baca dengan dia supaya kami sama2 mempunyai aliran minda yang sama. Membaca buku motivasi nie saya amalkan sejak dari bujang dan sehinggalah sekarang.




Saya mengikut apa yang dicadangkan didalam kebanyakan buku-buku yang saya baca dari projek beli kereta, meniaga direstoren, meniaga ditepi jalan, berniaga MLM, forex, pembelian saham hinggalah kepada skim cepat kaya(Gua kena beb!). Saya memang tidak ada masalah untuk berjimat cermat sebab saya dan suami bukan kaki shopping (mungkin sebab poket dah kosong jadi nak shooping amendenya). Semuanya usaha untuk membanyakan RM dalam akaun bank menemui jalan buntu dan sekaligus memang gagal. Saya sedar pengajaran paling penting, iaitu ilmu melalui buku di ikuti dengan kuasa tindakan sahaja tidak mencukupi; mentor dan sistem yang betul juga diperlukan.

3
Semasa bekerja saya menyewa rumah tinggal seorang sebab saya tidak yakin untuk menyewa dengan kawan-kawan dan saya memang suka menyendiri.. aktiviti yang paling saya enjoy merempet naik motor saya scooter V100 JEE8340 (skrg dah jual ..sedih pulak..)beli CD korea yang ORI (masa tu tak fikir mahal .. ikut nafsu nafsi) and cerita Hindustan.. sampai rumah ..bentang tilam depan TV.. apalagi.. kuak lentang kuak dada.. menikmati sepenuhnya..nak-nak hero handsome Bae Yong Jun.. handsome giler...
Tetapi entah macam mana tiba-tiba saya terbuka hati untuk menyewa dengan kawan-kawan sama tempat kerja. Laaaa.. memang best rupanya duduk ramai nie.. nak-nak dengan sama kepala..lagi best bila diaorg pun hantu momok korea jugak.. tu yang tak perasan usia dah masuk senja tak kawin sebab duk syok tgk hero2 handsome dari korea.. siti salmah.. siti salmah..


Winter Sonata – I like

4
Pertengahan tahun 2006, saya terjumpa kawan sama-sama belajar kat UTM Norazlin Nordin semasa sedang membeli belah di Mydin Bandar Baru Uda. Kami berborak kejap dan bertukar no telephone. Dia  datang rumah sebab nak kenalkan dengan saya pakaian dalam Premium Beautiful. Waktu saya pakai tu memang teruja sebab badan saya memang naik mendadak selepas kawin dan bila tengok susuk badan jadi seksi .. hahahahaha.. saya terus amik keputusan beli..
Dia ajak saya buat bisnes nie tapi saya mintak masa berfikir. Saya memang ada ketulan macam darah beku di breast sebelah kanan sejak usia 12 tahun dan pernah dapatkan rawatan doctor tetapi saya tidak lakukan pembedahan sebab takut selepas 5 tahun dia akan bercambah.
Apa yang mengejutkan saya Alhamdulillah dengan izin Allah ketulan itu sudah tiada lagi selepas seminggu saya pakai Premium Beautiful. Dan saya buat keputusan joint bisness ni untuk share dengan kawan2 dan kenalan yang ada masalah yang samaer dgn saya.
Bulan pertama kedua memang sedap buat bisness nie.. husband pun berhenti kerja buat full time.. tetapi kami nie tak sabo dan tak tahan ujian.. so kami berhenti (tidur) lebih kurang 2 tahun lebih. Tetapi Norazlin Nordin nie bukan perempuan yang mudah putus asa.. dia tetap follow up saya hinggalah hari ini.
Dan hari ini saya ambil keputusan bangun dari tidur kerana BIO-EVER

Bulan November 2010 saya diperkenalkan dengan BI-EVER.. amat memeranjatkan jeragat saya yang saya deritai selama berpuluh tahun memberikan reaksi yang sangat-sangat menggerunkan.. terimakasih Allah.. jeragat saya hampir 70% baik dan ramai yang tegur saya nampak muda, muka tegang dan nampak ceria (memanglah ceria bila orang kata kita muda huhuhuhu). Saya memang seorang perempuan yang mempunyai kulit yang sangat-sangat sensitive. Saya tidak boleh pakai sebarang sabun untuk cuci pinggan, kulit tangan saya akan mengelupas dan terkopek-kopek tapi Alhamdulillah selepas guna BIO-EVER kulit tangan dah tak mengelupas lagi.


 

BEFORE (betapa kusamnya kulit muka saya)

AFTER (warna jeragat yang kehitaman sudah tukar ke warna coklat.. terimakasih Allah)


Kalau jeragat saya yang kronik nie boleh hilang hampir 70% dan menjadikan kulit yang kusam jadi gebu dan sehat apatah lagi diluar saner masalah jeragat yang minor-minor nie .. insya allah “senafas jek” dengan Bio Ever.
Saya tidak pernah jumpa orang lain bermasalah jeragat yang kronik macam saya, saya percaya masalah jeragat anda tidak sehebat jeragat saya.. so no harm to buy and apply…


Minggu lepas 1hb April 2011, saya terperanjat bila saya check breast sebelah kanan bahagian bawah ada ketulan daging .. saya panic.. tulah saya pakai premium beautiful tak displin..so dengan rasa takut terbayang sebelah breast takde.. gerun saya bila terfikir mcm tu.. dengan lafaz Bismilah saya pakai premium beautiful hinggalah hari ini Alhamdulillah Nampak dah tak de ketulan tu.. tapi saya nak buat pemeriksaan  doktor pada hujung bulan nie..

Negara impian saya nak pergi adalah KOREA.. saya teringin nak makan kimchi, daging panggang balut sayur… eeee sedapnya.. so.. saya kena gunakan teknik rahsia kuasa minda .. by hook by crook 2012 mesti dapat pergi KOREA… jumpa hero All About EVE.

Kenapa Saya Tulis Blog Ini?


Saya merasakan pengalaman jeragat dan ketumbuhan di payu dara saya nie perlu saya kongsikan dengan seramai orang, kawan-kawan, kenalan-kenalan dan sesiapa sahaja.
Dan saya terpanggil juga untuk berkongsi cerita-cerita dari korea kepada peminat-peminat Korea.
Suami saya baru habis menghadiri seminar bersama Irfan Khairi dan saya baru habis menghadiri seminar Rahsia Kuasa Minda. Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya ini dengan semua orang tidak kira dimana anda berada.

"Tuntutlah ILMU hingga ke Negara Cina”



Smile… the whole world will smile with you!

Feel free to sms or call :
Siti Salmah Bt Abdul Ghani
012-7010027
salizat@gmail.com
I am Financially Free!!!!