PENGHARGAAN

Terimakasih Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat Iman dan nikmat Islam yang Kau kurniakan kepada aku.
Aku bersyukur dengan izin Engkaulah dapat aku menggerak-gerakkan jari-jari di atas keyboard ini untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan para pembaca.
Aku bersyukur dengan izin Engkaulah mata aku dapat melihat, hidung aku dapat menghidu, bulu mata aku dapat membantu mata aku mengedip, lidah aku dapat merasai nikmat makanan dan minuman, otak aku dapat berfungsi dengan baik, jantung aku dapat berdegup sehingga ke hari ini... thank you Allah.. terlalu banyak nikmat..

Aku berterimakasih Ya Allah Engkau telah memilih aku Siti Salmah untuk hidup di dalam landasan Islam yang suci ini.

Nabi Muhammad SAW
Ya Rasulullah aku berterimakasih dan bersyukur kerana engkaulah wanita mendapat tempat yang paling mulia disisi Islam.
Aku bersyukur dengan 1001 macam kebaikan dan keajaiban yang aku dapat hanya dengan berselawat keatas engkau wahai Rasulullah.
Wahai rasul Allah aku akan cuba untuk menghidupkan sunnahmu. Insya Allah

Emak dan Bapak
Aku bersyukur, berterimaksih atas jasa kalian mendidik aku membesarkan aku sehingga aku berjaya menjadi manusia yang berguna kepada diri aku sendiri dan orang disekeling aku. Jasa kalianlah aku dapat membaca, menulis ... seperti sekarang ini..

Suami
Terimakasih kepada suamiku yang tercinta yang sentiasa menyokong aku dan bersama mengorak langkah ke alam maya ini. Sal sayang abang.

Adik2ku, Abang2ku, Kakak2ku
Syukur aku mempunyai kalian sebagai saudara seibu dan sebapa mewarnai hidupku dan sokongan serta kritikan yang membina dari kalian mematangkan aku.


Sahabat-sahabat
 Terimakasih atas sokongan kalian pada Ksal (yang lebih muda)/ Sal (yang lebih tua) / aku (yang sebaya).. sokongan dan bantuan kalian amat dihargai..

Para Pembaca
Terimakasih kepada kalian yang sudi membaca dan bersama-sama merasai nikmat pengembaraan dialam maya ini.